Batu Seremban Batik |
Permainan batu
seremban mempunyai cara bermainnya yang tersendiri. Seperti permainan yang
lain, batu seremban juga ada peringkatnya yang digelar sebagai buah. Keseluruhannya,
batu seremban mempunyai lapan peringkat yang perlu dilalui oleh pemain sebelum
dikira sebagai pemenang.
Buah Satu:
*Kesemua buah
hendaklah diselerakkan, dimana kedudukan semua buah tidak menyentuh antara satu
sama lain.
*Sebiji buah akan
dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
*Dalam masa yang
sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
*Proses ini akan
berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip.
Buah Dua:
*Cara buah dua
dimainkan ialah sama seperti buah satu.
*Hanya dua biji
buah harus dikutip dengan masa yang sama.
*Ini bermakna, ibu
akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.
Buah Tiga:
*Buah tiga ada
sedikit perbezaan.
*Pada lambungan
pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
*Lambungan yang
kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.
Buah Empat:
*Buah ibu akan
dilambungkan ke udara.
*Pada masa yang
sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai
dengan serentak.
Buah Lima:
*Buah lima akan
dimainkan seperti buah empat.
*Pemain harus
melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas
lantai dengan serentak.
*Selepas itu, buah
ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang
ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah
ibu sahaja yang akan disambut.
Buah Enam:
*Pada peringkat
yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.
*Pada peringkat
ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
*Apabila sebiji
daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan
buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.
Buah Tujuh:
*Buah tujuh adalah
urutan daripada buah enam.
*Dua biji buah yang
ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
*Selepas itu, hanya
satu biji buah yang akan dikutip.
*Buah ibu hendaklah
disambut dengan kedua-dua belah tangan.
*Satu di tangan
kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
*Pada akhirnya,
buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.
Buah Lapan:
*Campakkan
kelima-lima batu di atas lantai.
*Ahli yang lain
pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.
*Pemain itu harus
ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.
*Pemain itu harus
melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gus
Timbang:
*Selepas seorang
pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia haruslah timbang untuk
mendapat mata.
*Kelima-lima batu
seremban diletakkan di atas tapak tangan.
*Semua batu
seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.
*Batu seremban yang
telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.
*Tangkap batu
seremban yang ada di tangan
Batu yang dapat
ditangkap = 1 mata
Batu yang
dijatuhkan = 0 mata
Selepas menimbang,
pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu Satu.
Tamat Permainan:
Dalam bila-bila
masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain ini
haruslah memberikan gilirannya kepada ahli yang lain.
Jika ahlinya gagal
untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu akan kembali kepada peringkat
yang tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu.
Sumber:http://blog-permainan-tradisional.blogspot.com/2012/04/cara-bermain-batu-seremban.html